Monday 26 May 2014

Kami Bahagia 👪



بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

Nak luah kan sikit kat sini, kalau sesiapa yang follow ieyna untuk tahu apa kembangan kehidupan ieyna silakan.. Nak tgk apa ieyna buat , ieyna mkn, ieyna susah, ieyna sedih, ieyna suka dll apa-apa lah.. Silakan , ieyna bahagia sangat dan tak tergugat pun dalam kehidupan Rumah Tangga ieyna smp nak gaduh cerai berai... Percaya pada satu apa yang datang ada hikmah ... Lah Tahzan (Allah Ada Di Sisi) 

Bila isu ini diungkit dan bertambah2 yang datang .. Kami bahagia dan tiada apa pun buat kami berbesan bergaduh , bermasam muka  ... Buat la , Cakap la , Perhatikan lah kehidupan kami , sbb kami tak rugi apa-apa malah terasa istimewa sbb semua nak tahu .. Kadang org macam anda nie cemburu kot apa yg sy ada, Ya ieyna bukan hidup kemewahan dgn harta benda, keemasan intan berlian tapi kami bahagia hidup sederhana , Alhamdulillah rezeki tak banyak tapi tak putus-putus masuk ..  

Jodoh pertemuan di tangan Allah, kita merancang Allah menentukan .. Siapa pilihan kita itu dah tertulis .. Kenapa nak dipertikaikan Ketentuan Ilahi?? , nak bercakap pilihan ieyna salah?? Allah dah tentukan jodoh ieyna bersama lelaki yang berserdahana.. Kalau kita pilih yang kaya raya kadang belum tentu kita berkekalan .. Cari lah pasangan yang serasi dan memahami , harta benda kita boleh cari dan usaha sama-sama. . . 

Pasal lain yang anda semua katakan ieyna tak amik kisah pun, benda tak betul dan nk dibetulkan pun xguna.. "alhamdulillah" dan "istifar" sahaja yang mampu dilafazkan.. Terima Kasih ^^

Setiap Manusia ada kekurangan , Setiap manusia ada buat kesilapan.. Kalau ieyna dan husband buat salah dengan anda secara tak segaja atau segaja .. Kami Mintak maaf .. Tapi kalau anda tak abis - abis nak cerita dan bukak sesuatu aib seseorg .. Buat lah sy xlarang tapi anda terima la balasan di akhirat kelak .. 

*Membuka aib seseorg bererti anda membuka aib anda sendiri* 



Perkahwinan kami dah 9 bulan ++, Hampir Nak setahun perkahwinan kami  Dan kami tengah menunggu kelahiran seorg khalifah dalam masa sebulan ++ lagi .. Kami Bahagia dan Tak Sabar nak tunggu BabyNSI keluar .. 

Kehidupan Kami Sederhana Dan Kami Suami Isteri cukup makan minum dan tak ada sampai kebulur tak dapat makan .. 

Kalau mcm nie nak kena hari-hari update masakan dan snap tunjuk apa yang kami makan >, *
HAHAHA

Tuesday 8 April 2014

HONEYMOON PERTAMA


Assalamualaikum wbt. .

Hai semua blogger, lama sangat tinggalkan blog, sebenarnya banyak nak cerita , share dan simpan buat kenangan kat blog tapi apakah daya , masa asik tak mengizinkan dan bila terluang sampai lupa >." hiksss

Cerita dah lapuk, tapi nak ceritakan jugak ... 

Honeymoon Pertama? ha kat mana tue? okiess di sebalik honeymoon nie tak plan pun nak pergi.. sebab masa lepas majlis hubby dah sibuk keja dan hubby kata kita hold dulu untuk pergi honeymoon, okiess tak ada masalah bagi ieyna sebab kita dah kahwin kan , bila2 ada rezeki boleh pergi... Tapi tak sangka plan yang tak rancang kawan baik call nak bagi hadiah honeymoon kat "GOLD COST MORIB" , mula nak tolak sbb masa tue kami ada sedikit masalah kewangan nak ke sana, tapi Rezeki Kahwin Alhamdulillah , masa tue hubby dapat bonus lebih sikit so boleh kami honeymoon pertama kat sana ^^ (THANK MY BFF HADIAH KAN PACKAGE HONEYMOON KAT GOLD COST MORIB )

okiess malas nak cerita panjang, meh tengok gambar kami kat sana ^_^


gold cost morib


hubby wife nak masuk bilik dah :p ( rest perjalan jauh dari melaka )


masuk jer bilik excited ^^
 cantik ada jazuki bukak tingkap bilik air boleh tonton tv 



Bilik Kami <3 <3


Aktiviti Pertama Kami (First Time Naik, seronok + santai )


Suami saya Dunia Akhirat 


Aktiviti malam , nak pergi makan seefood kat luar resort morib, kakak abang datang dr kl 
semata-mata nak bawak kami makan yang paling tip top seefood kat morib


Dinner Seefood , tak makan seefood tapi dah semua hidangan seefood makan jer ^_^
(THANK ABG IPAR BELANJA KAMI)


pagi-pagi ajak hubby terjun kat water park dalam resort morib
(kalau ada anak boleh bawak anak main kat sini)


holiday kat morib, pakai baju krabi :p


sebelum check out, kami pose dulu 


suasana kat Gold Cost Morib



Hubby Enjoy dan Hilang semua kepenatan dan masalah bila kat sini
(THANK AGAIN MY BFF :*)


Together Forever never apart , maybe is Distance but never in Heart ...

p/s : so kalau u ols yang suka tempat bercuti santai-santai boleh pergi gold cost morib, tempat relax,tenang dan sesuai untuk yang nak honeymoon berdua tak nak ada sapa ganggu boleh datang sini, harga pun berpatutan .. :)

Counting Days Babymoon bulan 5 nie lak <3








Friday 17 January 2014

2014 Kami Bertiga (Dunia BaruKu)



بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


Dah lama nak menaip sebuah entry yang sangat bermakna dalam hidup ieyna, sebelum nie entry istimewa ieyna pernah kongsikan dan rasa sangat bermakna adalah dalam pernikahan dan hidup bersama suami tercinta tapi sekarang ALHAMDULILLAH bertambah lebih bermakna untuk ieyna sebagai seorang wanita , sebelum nie ieyna simpan dulu, sampai masa dah betul stabil untuk berkongsi dengan semua orang.... 

Dianugerahkan suami yang sungguh prihatin dan mencuba sebaik yang mungkin untuk menjaga hati dan perasaan isterinya, Dia banyak jugak mengajar ieyna erti hidup bersama selepas perkahwinan , benda yang selama ini ini anggap remeh temeh tapi selepas bersama si dia banyak mengajar ieyna kemanisan dalam hidup ,suka dan duka bersama :') selepas berkahwin ieyna dapat merasakan betapa nikmatnya sebuah perkahwinan yang "halal" di sisi Allah . . 


Selepas kami berkahwin ieyna dah mula bincang dengan suami kalau di beri cahaya mata secepat ini, ieyna tak kisah sebab itu memang yang ieyna harapkan.. kami berkahwin
23hb 8 13 after 3 minggu kami nikah ieyna  lewat period 2 hari, gara tak sabar ieyna ajak suami beli test upt kat guardian, excited la sangat kan , selepasr tue pagi subuh semangat check akhirnya negatif, kat situ agak kecewa jugak tapi tak xpe sebab kami awal lagi dan suami kata tak pe bukan rezeki kita lagi , InsyaAllah suatu hari nanti kita akan ada lambat atau cepat janji kita sama usaha, sabar dan tawakal :')

Dari segi sedia menjadi seorang Ibu memang ieyna dah sedia dari sebelum ieyna bernikah lagi, 3 bulan sebelum kahwin ada cousin ieyna suggestkan makan folid acid, Ieyna selalu tanya pengalaman cousin ieyna yang ini sebab dye dah lebih 4 tahun berkahwin dan banyak yang dia share dengan ieyna..

Azlina : babe, kalau ko selepas kahwin dah sedia nak anak, ko dh mula start makan folid acid , bgs 3 bulan sebelum kita berkahwin..
Saya : yeke ? tapi mana nak cari?? sebab aq mmg nak awal kalau jika di beri rezeki awal :D
Azlina : boleh jer cari kat farmasi ....

start cousin ieyna share, ieyna terus cakap dengan suami ieyna masa tue, ieyna nak makan folid acid dan dia okiess setuju sebab dye pun mmg nak secepat jugak , jadi kami sepakat dan awal2 kami dah bersedia menjadi seorang AYAH dan IBU.. jadi 3 bulan sebelum kahwin ieyna dh start makan sampai la ieyna dah berkhawin ieyna teruskan makan folid acid..

dalam awal bulan 10 , ieyna dah tak sedap badan ada satu hari tu ieyna kerap pergi bilik air , dalam setiap 5 minute nak ke toilet , sampai tahap tak tahan bagi tahu suami dan suami kata mybe sebab kencing tak lawas dan banyakkan minum air masak, okiess baiklah -.- tapi dalam hati rasa ada sesuatu bukan kencing tak lawas ... seminggu selepas itu pun sama dan time tue pulak kencing ada rasa sakit ,pedih tapi time dah mula risau mula google kata mungkin ada jangkitan , bila gtaw suami lagi suami mula la kata percaya sangat google tue dan ikut kan perasaan , InsyaAllah xde pape.. OKIESS BAIKLAH (masa tue kata ok tapi dalam hati dan tangan sibuk google sana sini lagi) 

dalam pertengahan bulan Raya Haji, ieyna ajak hubby balik kampung belah family ieyna selepas raya haji hubby balik melaka tapi ieyna stay kat kampung 2 minggu macam tue sebab masa tue abang ngah ieyna bini dye nak bersalin so excited nak tengok anak buah ^__^ 
masa kat kampung ieyna still lagi ada penyakit jab-jab nak buang air sampai satu tahap ajak mak pergi klinik nak check knp tak hilang2 lagi... pung pang pung pang cerita kat doc apa masalah ieyna last doc suruh ikut nurse pergi test upt .. muka masa tue pelik tapi pergi jugak buat tapi dalam hati sah2 negative tapi akhirnya betul mmg negative dan last masuk balik doc pun kata ??
Doctor : baru nak jadi nie
Saya : Ha jadi?? Jadi apa??
Doctor : Senyum dan cakap lagi baru jadi
Saya : Okiess baiklah ( dalam hati fikir mybe ku baru nak jadi penyakit kencing tak lawas)

last balik rumah macam biasa dan makan ubat doc bagi, masa tue lak kak ngah pantang rumah mak dan ada mak bidan datang urut kak ngah, ieyna pun cakap kalau macam ieyna baru kahwin boleh tak urut peranakan, dye kata boleh so keesokannya dye datang , sebelum urut takut jugak sebab dengar kata xelok la, sakit yang amat la tapi masa first time ieyna urut agak sakit, tapi tak ada lah kesakitan yang teruk orang katakan so far okiesss... selepas 2 minggu kat kampung ieyna pun balik ke pangkuan hubby, akhir bulan 10 sepatutnya ieyna dah period tapi tak ada jugak masa tue macam2 perasaan sampai satu tahap risau, adakah sbb urut peranakan terus tak datang bulan tapi dalam satu masa fikir adakah ku pregnant .."persoalan mcm2 masa tue" sampai bagi tahu suami dan suami ajak beli upt kat 7e dulu, tapi masa beli 2 hari dalam beg tak usik2 dan tak de cuba nak pergi check sbb takut..

Suatu hari tue sibuk mengemas , mengecat ,bersih rumah baru kami, naik turun tangga tapi masa tue still period tak datang lagi dah 5 hari macam tue, dalam hati risau jugak sebab perasaan mula dah kuat katakan ada sesuatu dalam perutku, tapi still xcheck sbb takut keluar keputusan yang ku harapkan tapi tak de, "tapi dalam hati kata nya" sampai setiap solat , harian berdoa kalau betul ada sesuatu di rahim ku "Engkau lindungi la Ya Allah, Engkau yang mengetahui segalanya dan menjadikan nya" :') Sebab risau la kan sebab masa tue ieyna lasak dan naik turun tangga semua...

Selepas selesai mengemas rumah dalam hari ke-7 dan masa tue ada bagi tahu kawan patut tak check , sebab ieyna dah delay seminggu tak datang ,"last kawan kata boleh sangat dah tue" walaupun kawan kata dah boleh sangat tapi tak pergi buat jugak last kawan call " babe cam ner? apa keputusan"   ieyna pun cakap xbuat lagi nak buat esok2 la sbb masa tue dah tengah hari dah, kawan pun cakap    "buat jer sekarang masih boleh"    ieyna pun kata ok dan cakap kat suami   " i nak cuba test upt "    suami kata okiess dan dye tunggu kat bilik .. bila buat tue debar2 jugak last tewus laju jalan test tengok2 double line .. masa tue nak gugur jugak jantung , betul ke nie , xsalahkan ke upt nie?? tewus lari cari suami, tapi suami duk sergah kita masa nak kuar bilik air    "menjerit kuat jugak masa tue"    sampai mak mertua kata   "kenapa" ..hikss , selepas tue tarik tangan suami masuk bilik dan tunjuk test double line , suami macam tak boleh cakap pape masa tue dye tergaman dan dalam mata nampak gembira sangat last suami pun cakap jom siap2 kita pergi klinik, tapi ieyna kata nanti dulu kita test upt digital clerblue kebetulan masa tue dah beli lama dh cuma xnak gunakan dulu...

so ieyna pun terkedek pergi bilik air lagi sekali dan buat upt, masa nie buat takut yang amat sebab takut keputusan tak sama mcm first buat, sebab upt digital lagi keputusannya tepat... dekat seminit jugak la tunggu digital nie nak kuar keputusan sekali dye kuar " Pregnant 3+  kira masa tue ieyna dah 5 weeks... Tuhan saja yang tau betapa syukurnya perasaan ieyna masa ni. ieyna tak ada lah mintak secara drastic, tapi Allah yang kurniakan nikmat ni dalam masa yang singkat. Allah tau walaupun ieyna tak nampak mengharap dari luaran, tapi dia tau isi hati sebenar yang ieyna  mengharapkan ianya terjadi :') dan bagi kat Suami tengok upt kali ke dua, terus tersenyum dan terus peluk ,cium dahi ieyna.. :') dan bisik Alhamdulillah :') 

yang test upt kecik tue first ieyna buat, dan sampai fikir betul ke tak nie? sekali buat yang kali ke dua test upt digital clearblue "pregnant 3+" Alhamdulillah :'""))



ini adalah ieyna entry yang ieyna ceritakan kat atas, masa nie sibuk kemas rumah, cat bagai tapi time nie dah ada seketul darah dalam rahim ieyna, Alhamdulillah , Allah lindungi anak kami ketika kami tak pasti ada seorang nyawa dalam rahim ieyna :'''')


Gambar 1st time scan :')
Masa nie pergi buat buku merah dan scan baby.. pertama kali dalam hidup excited sangat dan tak sabar nak tengok nyawa dalam rahim ieyna :')
Nampak tak dekat tengah-tengah tu ada tiny dot iaitu kantung baby ieyna, masa nie dye dah berbentuk tapi belum semua tapi ieyna dah rasa denyutan jantung dye :') sampai tanya " betul ke baby saya ?" :')
Masa ni baru cecah 10 minggu 4 hari ,dalam hati ieyna sebak tengok zuriat ieyna sendiri bersama suami :') Alhamdulillah tak sampai 3 bulan lagi usia perkahwinan kami, Allah makbulkan doa kami , mendapat zuriat secepat ini :')

Dan sekarang ni ieyna dah 15 minggu 5 hari, ieyna akan berusaha menjaga zuriat ieyna dengan penuh kasih sayang dan jaga dia lebih dari nyawa ieyna sendiri dan sanggup buat apa demi baby, semoga baby sempurna sifat, sihat dan jauh dari semua penyakit dan tak sabar menunggu ianya membesar dari hari ke hari.....


Doakan baby ieyna semua okies dan sihat sampai la deliver dan semua di permudahkan, Alhamdulillah, ieyna syukur sangat dari bulan 1 hingga dah nak masuk 4 bulan ieyna tak ada alahan teruk seperti morning sickness , baby ummi baik tak mintak apa2 yang buruk dan semoga baby jadi anak yang baik dan soleh dan InsyaAllah ummi dan abiy akan didik kamu menjadi anak yang taat perintah Allah, Rasul dan IbuBapa....


thanks for spend your time to read my long entry :')