Monday, 15 July 2013

Permohonan Perkhawinan Di Negeri Johor

Haaaa! Kali nie entry cara Permohonan Pernikahan Di Negeri Johor... bila citer pasal borang nikah mesti u olss dup dap dup dap kan kan kan?? kalau nya sama lah dengan hati kita nie ^^.. 


okiess dari pengalaman ieyna :
masa ieyna ambil borang nikah masih proses lama ambil borang di Pejabat Agama Johor (Daerah Batu Pahat) tapi sekarang kalau u ols nak kahwin sekarang kena isi Online dekat sini 
hanya borang HIV kena amik dekat pejabat agama..




borang nikah yang first ieyna dapat , borang permohonan RM5.00.. tapi sekarang kena isi online, jadi sebelum print u ols kena isi dulu nya  :) 
(kliksini)


ini borang tunang ieyna, kami lain t
kawasan, Jadi tunang ambil borang di pejabat agama bandaraya melaka

Borang online atau Borang di pejabat agama sama jer prosedur nya, cuma beza borang online kita kena print sendiri (agak leceh jugak) tapi nak kahwin jangan nak menrungut sangat okiess.. ikut jer apa yang mereka mintak :p

1) Pertama ieyna dapat borang nikah isi dulu mana yang penting macam Nama, Alamat, No Ic, Nama Pasangan, haaa Yang Paling Penting Tarikh Perkhawinan dan Tempat Pernikahan sama ada masjid atau rumah <3 

Borang kedua dia akan mintak dua orang saksi, tak kisah lah saksi siapa u ols nak amik tapi lebih baik sebaik nya cari lah orang yang berdekatan dengan kita ....

Haaaa nie penting!! kalau tak ada WALI macam mana nak nikah kan! jadi sebelum nak kahwin tue mintak persetujuan AYAH DAN IBU!! restu ibubapa adalah penting untuk kita mendirikan Rumah Tangga... Macam ieyna , ieyna pakai wali ABANG sebab papa ieyna sakit jadi tok iman dah tengok keadaan papa ieyna ,jadi tok iman gugurkan papa ieyna tidak layak mewalikan anak perempuan ke dua dalam perkhawinan anak nya :'(( 
okiess mmg sedih dan sayu sebernarnya rasa nak menitis air mata sebab tak dapat PAPA SENDIRI mewalikan tapi ieyna kena redha dan bersyukur yang papa ieyna masih ada lagi di depan mata :') Alhamdulillah 

okiesss dah tak mau citer panjang tentang papa ieyna, nanti ieyna jadi sayu dan sedih kan ieyna menitis sapa nak pujuk lak :')

2) Borang HIV .. Borang HIV simple sahaja, (tapi sebelum ujian HIV kena amik dulu di pejabat agama yang berdekatan dengan anda) Ujian HIV kena pergi klinik kesihatan (Kerajaan) jangan swasta pulak nya ..

3) Dah selesai borang nikah, saksi, wali dan HIV, Minta Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda  Surat ni cuma boleh mintak kat 3 orang ni je :
  • Penghulu; atau
  • Ketua Kampung, atau
  • Majikan beragama Islam; 

4) Dah lengkap borang perempuan dan lelaki , jangan lupa sila lampirkan salinan ic pengantin perempuan dan lelaki, 2 orang saksi, wali, salinan sijil nikah mak ayah dan sijil kursus kahwin jangan lupa ^^ susun lampiran ikut urutan yang di beri..

Akhir sekali pasti akan rasa lebih berdebar-debar sebab nak serahkan borang nikah pejabat agama mesti macam-macam rasa sebab takut ada yang tak kena dan terutama masa TEMUBUAL UNTUK BAKAL-BAKAL PENGANTIN ( interview sebelum nikah ) ini bagi kawasan JOHOR dan tak silap ieyna PENANG pun ada..

5 SOALAN YANG AKAN DI TANYA :

1. Rukun Nikah
2. Doa Qunut
3. Al-Fatihah
4. Munakahat ( Tanggung Jawab Isteri )
5. Toharah ( Cara Mandi Junub )



Ini ieyna punya, Alhamdulillah lulus ( Tips : Bila jawab soalan jangan nampak sangat muka takut nanti macam2 ustazah / ustaz tanya..jawab dengan tenang okiess nanti pasti akan di beri 2-3 soalan sahaja^^)

Okiess dah selesai serahan borang nikah, interview nanti kita akan dapat borang terakhir iaitu 





Harga Borang Nikah dalam RM20.00 (lupa harga sebenar) tapi sediakan jer RM25.00 ^^

Ini borang tak payah pening-pening tak kan kena isi, sebab ini borang kita kena serah pada tok iman yang nak nikah kan kita nanti..


Keseluruhan bab borang nikah dah selesai! LEGAAAAAA ^______^
Sekarang Tunggu Masa <3



thank for reading




2 comments:

  1. agak complicated jugak yer..byk borang kena isi..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah'ah yunk kat johor mmg agak complicated sikit, silap joho dan penang sahaja :)

      Delete